birthday

September 16, 2009

hari ni besday ex gua..dulu tepat jam 12 mlm aku nyanyi lagu birthday.8 thn nyanyi lagu birthday utk dia. thn ni xde lagu birthday. dia pn nyanyi gak lagu time birthday aku. berakhirnya episode kenangan utk aku dan dia. dah xde tarikh keramat utk aku ingati lgi. anniversary dah lepas, birthday dah lepas. sudah tiada apa2 lagi. 8 tahun beb. kalau aku ni jenis player senang la nak lupa2. bayang la ko kawen 8 tahun pastu cerai. bukan ada buat salah apa pun. tiba2 nak cerai. boleh ke main lupa camtu. sebab tu kahwin bukan boleh buat main2. aku cari gf bukan nya nak buat main2. demit. pedis2. emo gak satu hari semalam teringat pasal menda ni. dah elok2 aku lupakan boleh pulak teringat balik sebab birthday dia. Alhamdulillah lepas ni dah takde apa2 event dah. tahun depan harap2 dah ok la kot dah setahun.kalau masih dok ingat lg aku ajak je la sape2 kahwin senang haha. last resort kawen je la ngan doktor hehe.leh konsentret kat bini aku je. menda ni bukan senang. macam2 nasihat yang aku dapat. seb baik ada kawan2 yg understanding.

macam mana aku nak buang menda ni dari kepala aku. aku pun xtau la. time will tell. aku dah xde pape lg ngn dia.

moral of the story. cinta hanya pada yang satu. Allah yang Maha Esa. ni semua dunia.

lega skit hati aku. kena turun s alam ni. dem..


Surat kepada MB Selangor daripada penduduk Seksyen 19 Shah Alam

September 14, 2009

Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam,

29 hb. Ogos 2009.
Yang Amat berhormat,
Tan Sri Dato Abdul Khalid bin Ibrahim,
Menteri Besar Selangor.

Bantahan ungkapan Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat “Tiada Kuil Baru dan Tiada kuil yang diroboh”

Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.

2. Kami sebahagian penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah berusaha begitu lama menuntut kuil haram Seksyen 19 dipindahkan segera. Kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang pasti akan melambatkan lagi proses itu. Kami semua terkejut apabila kami dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri surat yang ditanda tangani oleh Adun YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil pada 7 Mei 2009. Kami juga sudah melihat tapak cadangan kuil yang hampir dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan perumahan penduduk.

Menurut surat itu pihak kuil bersetuju pindah tetapi meletakkan syarat-syarat. Salah satu daripada syarat itu ialah, kuil di Seksyen 19 masih boleh beroperasi hingga akhir tahun 2010. Kenapa kedua-dua YB tidak berjumpa dengan penduduk Islam Seksyen 19 mengenai perkara ini?

Penduduk sudah beberapa kali menghantar aduan, bantahan dan juga buat perjumpaan mengadu masalah-masalah dikuil itu. YB Khalid Samad sudah berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Islam dalam masa setahun daripada tarikh perjumpaan beliau dengan penduduk pada 9/8/2008.

Sikap YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam telah menyinggung perasaan penduduk Islam di Seksyen 23 dan di Seksyen 19. Apa yang berlaku kini apabila penduduk Seksyen 23 membantah, pihak kuil kelihatan aktif kembali di Seksyen 19. Kuil telah dicat baru, patung-patung juga semua di cat semula kerana mereka tahu kuil itu tidak akan diroboh walaupun akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan mengambil masa satu setengah tahun lagi atau mungkin lebih panjang lagi.

3. Sikap toleransi yang begitu tinggi kedua-dua YB dengan pihak kuil yang menceroboh tanah PKNS selama dua dekad telah menyebabkan penduduk Islam kawasan berhampiran kuil bertambah kecewa. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan.

Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS. Semasa perjumpaan penduduk dengan pihak berkuasa mohon kuil itu dipindahkan, kami sering mendapat maklumat, pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguat kuasa mengambil tindakan keatas kuil itu.

Jadi kenapa YB Khalid Samad kritik pemimpin UMNO tidak berbuat apa-apa? Pemimpin UMNO tidak menyalahkan pembangkang apabila penduduk mengadu masalah kuil kepada mereka. Pihak kuil pula lupa jasa-jasa pemimpin MIC yang sentiasa membela mereka hingga dapat bertahan di kuil itu begitu lama walaupun aduan dan bantahan penduduk Islam juga telah dibuat berterusan begitu lama.

Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat. Menurut YB Khalid Samad hasil perbincangan yang waras mereka sanggup bertolak ansur sanggup berpindah asalkan tidak jauh. Penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

4. YB Khalid Samad dalam blognya banyak menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk selepas March 2008 hinggalah campur tangan NGO yang YB Khalid Samad tuduh sebagai kaki perhangat. Penduduk Islam berhampiran menyalahkan YB Khalid Samad kerana bersikap berat sebelah. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam beliau pula menyebelahi Hindu kuil. Sila rujuk dalam blog beliau yang keluar pada 10 dan 12 Januari 2009.

Penduduk Seksyen 19 sudah menjawab surat beliau dan tersiar dalam bebrapa blog. Jadi siapa yang lebih mendera penduduk Islam? Jika UMNO terlepas pandang menyebabkan jumlah kuil melebehi 1000 buah di Selangor, masjid dan surau hanya 380 sahaja, Parti Islam sepatutnya menyedari masalah yang dihadapi penduduk Islam jika kuil terletak berhampiran kediaman penduduk. Mungkin YB Khalid Samad tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui oleh penduduk Islam berhampiran kuil di Seksyen 19, jadi YB tidak kesah jika keadaan yang sama berlaku kepada penduduk Islam Seksyen 23 apabila kuil itu dipindahkan kesana.

5. YB Khalid Samad menulis lagi “Dasar Pakatan Rakyat Mudah – tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh.” Benarkah tiada kuil baru? Jika bangunan kuil lama dipindahkan mungkin kita boleh panggil pindahkan kuil lama. Tetapi jika kuil itu mengambil masa hingga satu setengah tahun baru siap itu bermakna kuil baru yang sangat besar akan didirikan disitu.

Adakah ungkapan Tiada kuil yang diroboh bermakna kuil lama akan kekal disitu?, jadi apabila mereka dapat kuil baru kuil haram di Seksyen 19 tidak akan di roboh? Jika begitu keadaannya sampai bila pun kuil itu tidak akan berganjak dari situ dan ia akan terus diaktifkan sampai bila-bila. Yang jadi mangsa dan sering diminta bertolak ansur ialah orang Melayu Islam. Masalah gangguan bising berlaku lebih serius apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan March 2008.

Gangguan bising tanpa kawalan memaksa penduduk mohon campur tangan NGO Islam kerana keadaannya sudah menjadi kronik. Jika dibiarkan kuil itu terus beroperasi hingga akhir tahun 2010, maka kemarahan penduduk Islam akan menjadi lebih kritikal jika mereka buat lagi gangguan bising terutama semasa keramaian bergendang hingga kewaktu tengah malam. Mereka yang meramaikan kuil kebanyakan datang dari luar kawasan Seksyen 19 Shah Alam. Mereka tidak pernah ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Jelas sekali keadaan itu yang mendera dan mengganggu penduduk Islam.

6. Kami sertakan disini kronologi aduan, info dan maklumat masalah kuil haram Seksyen 19 dari tahun 2000 hingga Ogos 2009, surat terbuka kepada YB Khalid Samad, jemputan sidang media penduduk Islam berhampiran kuil dengan wakil-wakil NGO Islam dan media serta lain-lain dokumen yang berkaitan. Kami sertakan juga gambar-gambar kuil pada tahun 2008 dan tahun 2009. Penduduk Islam akan terus membantah sekiranya kuil yang telah mengganggu kehidupan penduduk Islam berhampiran itu tidak dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Kami sudah berusaha, kuil sudah dimaklumkan pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 selepas aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (kes 35158), tetapi ditangguhkan kerana pilihanraya.

Jika perpindahan ini diteruskan tidak ada masalah berlaku saperti sekarang ini. Jadi wajarkah penduduk yang dipersalahkan? Pihak yang mengganggu ketenteraman awam terus dibela? Bila penduduk minta bantuan NGO Islam mereka dituduh membuat provokasi. Yang memulakan provokasi terhadap penduduk Islam ialah pihak kuil itu sendiri.

7. Jadi kami mohon agar Yang Amat berhormat Menteri Besar prihatin masalah penduduk Islam. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor aduan dan rayuan serta perjumpaan sudah dibuat. Tetapi sikap toleransi pemimpin Islam sendiri menyebabkan usaha penduduk Seksyen 19 terbantut lagi. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Menurut bekas Pembantu Khas bekas Adun Batu Tiga, mereka memberi alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Penduduk Seksyen 23 sudah mengumpul maklumat dan menyiasat masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang menghadapi masalah kuil. Mereka membantah kerana mereka tahu pihak yang akan dipindahkan itu telah membawa masalah besar yang telah berlarutan begitu lama kepada penduduk Islam Seksyen 1. Oleh sebab itu mereka berusaha agar masalah itu tidak berlaku kepada mereka pada masa hadapan.

8. Akhir kata kami merayu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Semoga aduan kami diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri. Kami mohon maaf kepada YAB MB sekiranya terkasar kata dalam surat ini. Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak YAB Tan Sri dan pihak SUK.

This letter has been taken from here.


Balik kg……….lagi

September 3, 2009

Baru pagi smlm sampai KT. Ari ni balik kelate lagi.xsampai 2 hari heh. Ahad ni bos suh kami cuti beramai2. Amik cuti 4 hari. Syok!! Haha..asik cuti je keja.

Tadi on the way buka lam keta. Xsempat sampai umah.aku beli kopok lekor kat sukaramai. 50 hinggit.pastu bli yg goreng 5hinggit.bau dia ghau2 haha..sib baik iman kuat aku tahan sampai buka.lgpn sejam lebih je lagi. Walaupn x sahur tp xde lapa sgt.steady..

Kerja ada lagi x siap. Yg stocktake ritu.try siapkan mlm ni pastu email senior kt penang. Lega skit.later next week br pos. Tensen da ni. Penin ngn kerja nak enjoy rehat pn xleh.

Siap nak terawih.

“Marilah bersembahyang”

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


angkat berat

September 2, 2009

3 hari stret aku ngn dambel jadik besfren..2 x sehari spen masa stengah jam angkat natam tu..dan keputusan nnya aku xleh nak stret kan tangan aku..rasa nak meletop muscle aku ni..pehal la cmni. baik xyah angkat berat muahaha..tp trasa sikit sasa. kalau buat gaya malik nor tu ade la otot kuar skit. layan..next..6 pek!!


5 Tahun

September 2, 2009

Apa yang patut aku buat lagi 5 tahun? Apa akan jadi pada aku? Or apa yang aku nak achive in 5 years time?

2 3 hari ni asik terpikir je. Taktau apsal. Kenapa 5 tahun? Kenapa x 3 tahun? 10 tahun ke? Lama skit. Hmm.. Lagi 5 tahun umur aku dah 33 tahun. Tua tu. Kalau football player dh bleh cr kelab division 2 or pergi turki main ngn galatasaray. Striker la. kalau keeper masih hot dan mantap lagi. Bapak aku tanya pasal kahwin. Lagi2 topic kawen. Macam la takde menda lain untuk orang yg brumur 28 tahun cam aku ni muahahaha..mmg topic wajib pun. Saje je nak ngelak heheh.

5 tahun. Satu tempoh yang panjang. Aku setahun setengah lagi untuk complete acca aku. Hopefully boleh pass december 09 sitting ni. Satu paper je pun. Toughest paper. Aku cakap camtu sebab aku denga2 org cakap la. Aku rasa since lepas spm aku dah kurang passion bila study. Main2 je. Tak tahu la apsal. Aku ingat time spm dulu aku cuma study add math, physics ngn chem. Lain harap blaja lam kelas. Aku minat gila add math. Lagipun tiap kali adik aku amik spm aku ajar derang add math. Dari ab chik, pastu kak anis pastu skang faezul hakim. Aku rasa macam nak jadi cikgu add math la. Lagi puas hati tgk budak2 score add math kalau aku ajar. N bleh gak blagak power sket bg budak2 kagum. Dah nama cikgu. Kna blagak sket bg budak respek. Bidang akaun ni aku rasa bagus. Tapi position akauntan ni adalah sama mcm tukang sapu. Sama2 kuli dan makan gaji dan responsibility dia di balik tabir. Bukan frontman. Mcm vocalis la dlm band. Akauntan ni mcm drummer dok blakang2. Aku nak jadi vocalist. Tapi kalu vocalist yg terer main drum cam foo fighters tu pwer gaks.

Apeda melalut.

anyway, aku tak rasa akauntan ni suit ngn jiwa aku. Cukup sekadar beri pengetahun and knowledge. Lagipun aku rasa akauntan ni nerd kahkah…bahaya ni leh kena saman haha..dok opis je 24jam macam xde life. There’s nothing cool being an accountant. U might get a fat paycheck but it aint cool. Later on u’ll find out money isn’t everything. I’m looking for kepuasan hidup. Something adventure. Gila2. Bukan skema badut sume kena ikut buku, follow rules, doing rutines. Duit ok, leh tahan tapi what can u achieve with it. Dem sucks!!

Berbalik pada 5 tahun tadi. Lama gak masa tu. Kereta aku tu baru je menyambut ulang tahun yg ke 20 tahun ni. Masih kuat lg. Aku rasa tahan lagi kot 5 tahun haha..pas raya ni ingat nak cat baru. Kaler sama je tapi baru..sayang keta tu. Kenangan banyak. Manis pahit masam sume ada. Bape riban aku invest kat keta tu. Itu je la investment aku yg masih setia ngn aku. Lain tau nak lari je ahahaha. Fark!! Ah lupakan. Tak guna dikenang kembali. 8tahun dibazirkan dgn begitu saje. Apa aku dpt? Xde pape. Ni la susah jadi org baik btol tak. Mudah kena buli. Buat baik berpada2. Buat jahat jgn sekali. Ada hikmahnya insyaAllah.

Tapi btol la, tak sia2 aku invest kat ko Ketaku. Sayang ko muahhss..tadi aku baru bli logo honda kaler merah untuk dia. Betambah hot la psni..walaupun bunyi2an aneh tu masih ada lagi spt skru nk tecabut, sampai orang pun xmo naik keta aku takut mati tgh jalan. Xpelah. KT KL 4jam stengah beb buruk2 pn..

Bila nak stat cite 5 tahun ni adoi..ntah hape mood nk mengarut mlm ni..tapi trasa nak sentuh skit pasal kahwin. Kdg2 kalau bwk keta sorg2 ditemani radio yg kejap on kejap blekaut (da repair td wiring prob je) dan menatang pokok ijau n rama2 yg gerak2 tu, aku sll berfikir. Aku fikir kenapa orang kata anak tu rezeki. Dan rezeki akan bertambah kalau dapat anak. Secara logiknya, rezeki tu xkan la dtg gedebuk kan. Xkeja xde la duit. Tapi kerja tanpa semangat@passion dan keyakinan n kerajinan yg bersungguh2 xkn dpt rezki tu btol x.n aku rasa having a family akan jadi pemangkin kepada seseorang itu utk trus berusaha, ikhlas bekerja mencari rezeki for the better life of his family. Sebab bila dpt anak, dia akan ada matlamat yg lebih jelas. Xboleh main2 lg. So…adakah aku org yg xde matlamat sampai nk kena kawen n ada anak br ada matlamat? Truk sgt tu. Hmm…insyaAllah tak. Tak kawen pn aku boleh survive, being productive, ikhlas kerja dan menjadi hamba yang taat dan soleh. InsyaAllah.

Target 5 tahun:
– pergi haji
– bmw 5 series
– condo in kl or terrace in s alam
– gf? bini? Xkaya la kalu ada. Asik kena sapu je haha..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Good advice

August 27, 2009

Got this from a fren. forward email. good advice. Here it goes..

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…….
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga…….

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…….
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga…….

Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …….
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI ….
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Sekadar peringatan sesama kita..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Selangor nak ambil duit baitulmal..apecer

July 16, 2009

Terkezut aku baca teks perbahasan Khir Toyo ni.

lawaks pulak. pecer selangor people??

sila layan.

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8082