Pancit, penat & pitam

Hari ni aku tiba-tiba jadi bersemangat nak pergi gymnasium (gym). Aku pun tak tahu kenapa mungkin salah satu sebab dapat pencerahan agung masa balik kampung hari minggu lepas. Kena tegur dengan mama dan papa. Tapi kena tegur pun aku tiadalah terasa sangat. Bila aku ternampak album masa aku belajar dekat australia, hati aku macam terdetik kurus juga badan aku dulu.boroi tu ada tapi tiadalah seteruk sekarang.pipi pun masih slim.sekarang ni tembam sampai dagu pun dah double triple.buruk sangat aku rasa.tapi aku selalu bagi alasan nak sedapkan hati, aplah sangat kalau muka kacak, badan macho kalau nanti aku jadi orang tak berguna, tahu nak permainkan perasaan perempuan sampai aku takut aku jadi orang yang tak bertanggungjawab.jadi aku lebih rela jadi tak kacak haha(alasan terbaik!!).nanti kawan-kawan semua dengki pula.kalau sekarang semua rasa rupa mereka lagi kacak and slim, nanti aku dah slim semua tak nak kawan dengan aku wawawa..aku peduli apa huhuh.

So, bila tengok gambar-gambar tu terdetik lah dalam hati aku. Badan aku ni aku rasa tak sihat.kalau kekal sampai ke tua nanti aku akan menyusahkan ramai orang.jadi jalan terbaik, aku kena kekalkan cara hidup yang sihat.hari jumaat lepas aku cuba minum teh herba orang kampung.boleh tahan rasa dia.memang kaw.nak muntah pun ada haha.tapi telan saja.memang lepas tu aku kerap pergi bilik air.pagi-pagi buta lagi dah bangun cari tandas.dalam sehari ada la beberapa kali.kerap dari biasa.

Malam tu aku timbang berat aku, aku suruh adik aku baca sambil maintain posture tegak.bacaan 115kg.nice haha.sebulan sebelum tu aku timbang berat aku 120kg.turun 5kg.aku rasa the main reason berat aku jadi macam ni sebab duduk shah alam dulu hari-hari makan kedai mamak.makanan mamak memang tak dinafikan menggemukkan.kena pula aku kerja di KL 5 bulan hari tu memang makan mamak setiap hari. Teruk2..

Aku pergi gym dekat Terengganu Equestrian Resort (TER) kuala ibai.since dah semangat sangat.tengah hari tadi makan nasi separuh dengan lauk ayam goreng dan ikan keli sambal.dekat kedai simpang empat masjid terapung tu.tak tahu kenapa tak sedap.nampak sedap.pastu singgah mydin beli dua kotak teh herba orang kampung.semangat diet punya pasal.aku telefon TER tu dulu sebelum pergi. Satu sesi 3jam dan dia caj RM10 per sesi.malam sesi bermula pukul 8 malam sampai 11 malam. So aku pergi dalam pukul 8. Sampai terus je bayar dan terus masuk gym.joging dalam 10minit.buat-buat reti.instructor tu pandang pelik je.mampus la.yang penting aku nak kurus.pastu dah pancit lari aku buat senaman otot.apa nama natam tu aku pun tak tau.layan je.zass

Pukul 930 aku dah rasa nak pitam.last senaman aku buat jog for 500meter.drkat je.tapi dia punya pancit tak dapat nak bayang.dah la tak makan apa-apa dari tengah hari tadi.pastu sebelum pergi gym aku belasah teh herba langsing tu.salah teknik ni.patut la nak pitam haha.turun bawah beli air 100 plus.minum sebotol rasa ok sikit. Aku pergi ke tempat bowling sekejap.lane tak banyak ada la dalam belas-belas kot.yang jaga kounter tu cute juga.budak lagi aku rasa.awal 20an.satu frame RM7 + kasut.ok gak. Kolam renang pun ada.RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.tapi kolam tu terbuka dan campur lelaki perempuan.kena tutp aurat la kalau nak mandi.ada court badminton juga tapi aku tak tanya.malas dah.aku cuma tau nak balik je haha.lama aku tak buat senaman gila macam ni.kalau amalkan setiap hari boleh tahan juga nanti result dia.yang penting hidup sihat dan tak menyusahkan orang.nite

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: