Selangor nak ambil duit baitulmal..apecer

July 16, 2009

Terkezut aku baca teks perbahasan Khir Toyo ni.

lawaks pulak. pecer selangor people??

sila layan.

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8082

Advertisements

Diet

July 15, 2009

Hari ni tak sempat pergi gym. Kerja lambat.pukul 9 baru balik.aku baca dekat internet kalau nak pergi gym, tolong makan sejam sebelum tu.jgn pergi dgn perut kosong atau penuh.nnt pitam or muntah kuar lembu gajah dan segala benda yg dimakan tadi.so kalau aku makan pukul 9, maksudnya pukul 10 baru nak pergi gym.xsempat.rush sangat.lagipun aku penat pergi lambat2 ni.

Pagi tadi aku tak breakfast. Tak sempat.semalam aku breakfast nasi dagang dan teh tarik dekat warung area client aku tu.kat kuala ibai.peh sedap gila nasi dagang dia.lemak berkrim fuuh.nak je mintak sepinggan lagi tapi aku tahan.jangan gelojoh.so pagi tadi aku tak breakfast.lagipun aku memang dah nak stop makan nasi so nasi dagang tu aku pas je la.sekarang sarapan kena cari buah.belum sempat nak beli.takpelah.aku takde la lapar sangat.kalau kerja sekejap je dah lunch.tadi aku lunch dekat ibai golf club.makan kat cafe dia.harga boleh tahan.since aku diet aku order scheszuan vegeterian soup with shredded chicken RM8 dengan fresh orange suam RM4.xsedap lgsg sup sayur tu tapi aku paksa gak makan.janji ada fud. Tapi makanan dia yang lain memang sdp.spageti, kuew teaw lakna,mee hotplate nasi goreng kampung.sedap gak.pastu yang hidang2 macam restoren pun mantap.seafood la.harga ok la.tp yang bestnya tadi makan free heh.orang belanja makan je la.

Aku kuar opis client tadi pukul 9.singgah kat kedai simpang 4 traffic lite masjid terapung kuala ibai tu.nur apa ntah nama kedai dia.order sama je, sup sayur dengan jus epal suam.sup sayur dia sama je macam sup sayur yg aku makan semalam dekat taman sri kolam ni.ada sume jenis sayur dlm mangkuk tu. kobis,bayam,timun,karot,cili besar.

Nite.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Tengok gamba Nik Aziz dapat pahala..wow!!

July 13, 2009
Nik Aziz merasmikan pusat snooker di kelantan

Nik Aziz merasmikan pusat snooker di kelantan

Ini keratan akhbar dari Utusan Online hari ni. Aku ada dengar daripada cakap-cakap orang yang pergi ke Manik Urai masa aku balik weekend hari tu. lagipun kampung aku di kuala krai so berita memang tersebar dengan pantas.tak kisah buruk ke baik. lepas dengar pasal ni aku terkedu juga. sampai ke tahap ini orang taksub dengan nik aziz. bak kata nabil, lu pikir la sendiri!!

Menu kempen peralatkan Nik Aziz

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

BAYANGKAN reaksi umum jika ungkapan ‘menate’ (binatang) dan ‘aku’ keluar dari mulut pemimpin UMNO untuk membidas Pas dan para pemimpinnya hanya kerana terdesak untuk menang dalam kempen pilihan raya.

Namun bagi kalangan penyokong Pas, kata-kata kesat, penuh penghinaan yang keluar daripada mulut Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekadar disambut dengan gelak ketawa yang menyeronokkan.

”Sedap dia berucap, apa yang dikata itu kena tafsir sendiri,” ujar seorang aktivis parti itu yang mendekati kami ketika menceritakan ceramah Nik Aziz di Manek Urai beberapa hari lalu.

Dalam siri ceramahnya, kembali dicetuskan ialah soal kafir dan sesatnya UMNO untuk dijauhi orang Melayu/Islam, sedangkan apa makna persahabatan dengan DAP yang bagaikan ‘diislamkan’ Pas ketika rakan karibnya itu menentang impian ‘Islam yang memerintah’.

Nik Abdul Aziz seolah-olah bermati-matian bagi memastikan kemenangan Pas, seolah-olah juga, inilah penentu kerjaya politik dan jatuh bangun maruahnya yang masih dijulang tinggi.

Beliau tidak boleh dimalukan lagi setelah barisan kepimpinan Pas negeri Kelantan ditolak tepi dalam muktamar parti bulan lalu.

Justeru bukan mengejutkan apabila Nik Abdul Aziz muncul dalam himpunan peniaga ikan yang membantah kononnya Barisan Nasional (BN) memperkecil calon parti itu yang hanya berpendidikan rendah.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai berlaku ketika landskap politik makin berubah dan dengan gambaran yang diberikan oleh Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menunjukkan betapa pengaruh Nik Aziz amat diperlukan.

Malah Wan Abdul Rahim seronok mengulangi apa yang telah dilaporkan oleh lidah rasmi parti itu dengan berkata, “Di Manek Urai, saya dengar seorang imam mukim kata dia tengok muka Nik Abdul Aziz dapat pahala, boleh jadi betul atau tidak kata dia, tetapi itu gambaran bagaimana penghormatan terhadap Tok Guru”.

Ia membayangkan ketaksuban yang tinggi. Dalam kelompok masyarakat perkampungan tradisional itu tentunya Pas perlu memanipulasikan sepenuhnya batang tubuh Nik Abdul Aziz, sesuatu yang jarang berlaku.

Pada masa ini, sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu yang bakal mendapat wakil rakyat baru pada 14 Julai ini pasti akan melihat wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka itu di mana-mana sahaja.

Sama ada dalam posisi tergantung, tertampal atau terjuntai dengan pelbagai reaksi dan emosi – sedang ketawa, tersenyum, merenung tajam dan menadah tangan berdoa dan merintih. Tidak cukup dengan sepanduk, poster, stiker, baju T, botol air minuman juga tertera wajahnya selain di pelbagai produk barangan cenderahati yang dijual.

Ia bagaikan pertandingan antara Nik Abdul Aziz dengan Tuan Aziz yang mewakili BN dan bukannya, Mohd. Fauzi Abdullah.

Kelantangan Nik Abdul Aziz dalam ceramah sememangnya dihasratkan oleh Pas yang dijadikan strategi mengangkat bola tanggung untuk ‘dilibas’ oleh BN, dengan harapan bulu tangkisnya nanti akan terlekat dijaring atau pun tersasar gelanggang.

Strategi bola tanggung itu diakui oleh Pas yang percaya tindakan UMNO ‘menyentuh’ Nik Abdul Aziz dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu.

Wan Rahim secara terbuka mengakui ia merupakan strategi parti tersebut kerana penduduk di Kelantan khususnya Manek Urai menganggap serangan balas terhadap pemimpin itu akan menguntungkan Pas.

Adalah menjadi menu wajib bagi setiap penceramah Pas atau pakatan pembangkang untuk mengangkat keperibadian dan kewarakan Nik Abdul Aziz seolah-olah tiada tandingan. Keperibadian sebenarnya kian terserlah.


politik

July 13, 2009

a friend of mine once said..”aku tak fikir sangat pasal politik. sebab aku tahu kalau bercakap saje aku tak boleh ubah apa-apa. aku takde kuasa nak ubah pendapat orang, aku takde kuasa nak tolong orang. so baik aku takyah pening2 kepala pikir pasal politik sebab aku tau kat luar sana ada yang lebih layak”…betul ke apa yang brader ni cakap? mungkin benar mungkin tidak.

pada pendapat aku politik bukan setakat kuar pergi mengundi, masuk ajk bahagian, join aktiviti parti..politik lebih daripada itu. ngikut kamus internet, politik ni maksud dia ialah decision made by a group of people. so maksudnya, politik memang lah xleh buat sorang. dia mestilah bersama2 orang lain menggerakkan misi untuk mencapai objektif politik itu. betol x?

as always, kita suka lepas tangan. takpe, ada orang lain yang boleh buat. ada orang lain yang mampu buat. ada orang lain yang ada semangat untuk buat. habis? bila kita nak buat sesuatu? apakah hidup kita ini hanya semata-mata untuk pentingkan diri sendiri? untuk kesekian kalinya tolonglah fikirkan pasal orang lain juga. jangan selalu fikir kita ni tak mampu, lemah, tak berdaya atau dengan kata lainnya hampeh. hidup kena bersemangat. kalau asyik nak komplen 24jam baik mati je la betul tak. hidup pun tak guna. takde contribution kat sapa pun. sekadar pelengkap. come on people, we are the choosen one.

for once, think out of the box. kita tak dilahirkan untuk jadi kuli, kita dilahirkan untuk jadi seorang yang hebat. untuk menjadi seorang yang hebat, seseorang itu perlu fikir yang dia hebat. tapi tak perlu lah nak heboh-heboh kat orang yang kita tu hebat.poyo la plak. haha.fikir dalam otak sude.


Kelantan serambi berhala?

July 13, 2009

mengejutkan. aku orang kelantan pun tak tau pasal benda ni. memang pun dah balik sekali sebulan pastu duduk rumah.kalau keluar pun pergi KB Mall haha. sila layan

http://rahmanahchongmuniandy.blogspot.com/2009/07/kelantan-sedang-menjadi-serambi-patung.html


Pancit, penat & pitam

July 12, 2009

Hari ni aku tiba-tiba jadi bersemangat nak pergi gymnasium (gym). Aku pun tak tahu kenapa mungkin salah satu sebab dapat pencerahan agung masa balik kampung hari minggu lepas. Kena tegur dengan mama dan papa. Tapi kena tegur pun aku tiadalah terasa sangat. Bila aku ternampak album masa aku belajar dekat australia, hati aku macam terdetik kurus juga badan aku dulu.boroi tu ada tapi tiadalah seteruk sekarang.pipi pun masih slim.sekarang ni tembam sampai dagu pun dah double triple.buruk sangat aku rasa.tapi aku selalu bagi alasan nak sedapkan hati, aplah sangat kalau muka kacak, badan macho kalau nanti aku jadi orang tak berguna, tahu nak permainkan perasaan perempuan sampai aku takut aku jadi orang yang tak bertanggungjawab.jadi aku lebih rela jadi tak kacak haha(alasan terbaik!!).nanti kawan-kawan semua dengki pula.kalau sekarang semua rasa rupa mereka lagi kacak and slim, nanti aku dah slim semua tak nak kawan dengan aku wawawa..aku peduli apa huhuh.

So, bila tengok gambar-gambar tu terdetik lah dalam hati aku. Badan aku ni aku rasa tak sihat.kalau kekal sampai ke tua nanti aku akan menyusahkan ramai orang.jadi jalan terbaik, aku kena kekalkan cara hidup yang sihat.hari jumaat lepas aku cuba minum teh herba orang kampung.boleh tahan rasa dia.memang kaw.nak muntah pun ada haha.tapi telan saja.memang lepas tu aku kerap pergi bilik air.pagi-pagi buta lagi dah bangun cari tandas.dalam sehari ada la beberapa kali.kerap dari biasa.

Malam tu aku timbang berat aku, aku suruh adik aku baca sambil maintain posture tegak.bacaan 115kg.nice haha.sebulan sebelum tu aku timbang berat aku 120kg.turun 5kg.aku rasa the main reason berat aku jadi macam ni sebab duduk shah alam dulu hari-hari makan kedai mamak.makanan mamak memang tak dinafikan menggemukkan.kena pula aku kerja di KL 5 bulan hari tu memang makan mamak setiap hari. Teruk2..

Aku pergi gym dekat Terengganu Equestrian Resort (TER) kuala ibai.since dah semangat sangat.tengah hari tadi makan nasi separuh dengan lauk ayam goreng dan ikan keli sambal.dekat kedai simpang empat masjid terapung tu.tak tahu kenapa tak sedap.nampak sedap.pastu singgah mydin beli dua kotak teh herba orang kampung.semangat diet punya pasal.aku telefon TER tu dulu sebelum pergi. Satu sesi 3jam dan dia caj RM10 per sesi.malam sesi bermula pukul 8 malam sampai 11 malam. So aku pergi dalam pukul 8. Sampai terus je bayar dan terus masuk gym.joging dalam 10minit.buat-buat reti.instructor tu pandang pelik je.mampus la.yang penting aku nak kurus.pastu dah pancit lari aku buat senaman otot.apa nama natam tu aku pun tak tau.layan je.zass

Pukul 930 aku dah rasa nak pitam.last senaman aku buat jog for 500meter.drkat je.tapi dia punya pancit tak dapat nak bayang.dah la tak makan apa-apa dari tengah hari tadi.pastu sebelum pergi gym aku belasah teh herba langsing tu.salah teknik ni.patut la nak pitam haha.turun bawah beli air 100 plus.minum sebotol rasa ok sikit. Aku pergi ke tempat bowling sekejap.lane tak banyak ada la dalam belas-belas kot.yang jaga kounter tu cute juga.budak lagi aku rasa.awal 20an.satu frame RM7 + kasut.ok gak. Kolam renang pun ada.RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.tapi kolam tu terbuka dan campur lelaki perempuan.kena tutp aurat la kalau nak mandi.ada court badminton juga tapi aku tak tanya.malas dah.aku cuma tau nak balik je haha.lama aku tak buat senaman gila macam ni.kalau amalkan setiap hari boleh tahan juga nanti result dia.yang penting hidup sihat dan tak menyusahkan orang.nite

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


PPSMI jadi PPSMM

July 12, 2009

kalu tak reti speaking cani la jadinya

klaka tgk gamba nih..derang ni bleh plak g upah us soldier buat banner tus..xtau la betol ke idak.harap2 kita nanti x lah jadi camni.dah la english tunggang langgang. baca paper omputih x pernah ape lagi baca novel, buku bhs inggeris lagi lah tak. rojak je manjang (termasuk la blog aku ni).bercakap depan public pun berpeluh ketiak. tadak konpiden lgsg (sila tgk buletin utama smlm).rakyat malaysia (terutama melayu) kurang idea spontan.xleh independent.mengharapkan bantuan yg melampau.adoi.

kata kuat..xde telur ke?belajar dlm bhs inggeris pn xreti.cane nak menguasai dunia…g interview fail sbb xreti speaking..kan rugi.bodo btol