Cuti

June 27, 2009

Almost one week aku tak tulis blog. Agak boring sikit life kat Kuala Terengganu ni. So aku banyak spent masa dekat office. Walaupun kerja aku habis kat client 5.30 aku pergi ofis lepak dengan rakan ofis yang busy tahap dewa. kadang-kadang pukul 2.30am baru balik. Ada few kerja yang nak disiapkan tapi tak urgent mana pun. Sebab kalau balik rumah pun takde apa yang nak buat selain dari online, tengok tv and tido. and buat masa sekarang aku rasa tido adalah menda yang sangat merugikan. rugi tak experience life semaksimum mungkin. budak2 rumah aku pun buat hal sendiri so aku rasa dengan stay back kat office boleh jugak la borak2. kronik gak aku ni haha.

Hari ni sepatutnya aku dan few budak KL termasuk wan dari kulim pergi Awana Kijal holiday dlm 3 hari. Tapi memandangkan aku ada kerja tak siap, aku kena masuk ofis. wan baru sampai pagi tadi tgh tido kat umah aku. budak2 lain dah sampai tgh syok baring2 kat resort. siottt!! bila la keja ni nak siap. aku dah amik cuti 2 hari, sunday and monday. cuti sepuas hati. then plan nak beli camera last week kensel sebab pak arab owner camera tu buat u-turn last minit pergi jual kat orang lain.mmg x senonoh lu. kalu tak aku dah start menembak dah kat kijal. tapi ada backup seller dok kat paka aku janji nak jumpa hari ni. harga 2k dpt 400d ngn normal lense n other kit. bleh la kot. nnt kena kowtim lagi mintak kurang. aku rasa camera je yang boleh mengisi kekosangan dalam hidup aku ni haha..mmg sah kronik

last week gak aku mintak cuti raya. sekali kena reject ngan bos sebab lambt lagi. baru bulan 6 dah apply cuti raya haha.bos suh hold lu nanti dia check job schedule. lagipun KT KB 2jam drive je.tadahal pun.susah2 aku amek MC je haha. jangan aku sakit betol time raya sudah.

Syok kalau bercuti. aku pun tak tahu kenapa aku nak pergi kijal ni. aku rasa bukan sebab nak bercuti pun. aku dok KT ni pun kira cuti la jugak kerja bukan ada sangat pun. tapi mungkin sebab nak jumpa member2 punya pasal sanggup je la. turun kl pun aku sanggup.stakat tiket bas pegi balik rm80 ok je.lepak umah awe, amek cuti extra sehari lepak ngn kengkawan. sampai bila la aku nak hidup macam ni. kena ada target ke. entah lah..cepat2 la abes exam. aku nak lari g uk….

Advertisements

Home

June 19, 2009

Its nice to be back home. Perasaan yang tenang, bahagia, aman damai, selamat, gembira, meriah, kenyang (nasi n sambal ikan, sambal belacan plus pulut durian.mmg terbaek!!)..siapa yang tak suka balik rumah. Hanya orang yang bebal saja tak suka balik kg@rumah. Mungkin dia bermasalah dalam kepala.ataupun mungkin keluarga dia yang bermasalah. Aku tak nafikan tak semua antara kita yang hidupnya bahagia dan senang. Ada yang hidup susah. Ada yang senang tapi tak bahagia. Ada yang keluarganya bermasalah. Macam2. Tp since family aku ni agak bahagia, aku sangat2 bersyukur pada Allah S.W.T.

Aku beli keropok lekor RM50. Buat 5 bungkus. Kira sebungkus RM10. Sebungkus bagi pakcik aku, sebungkus bagi makcik aku.3 bungkus lg? Untuk rumah aku la haha.since aku nak balik teganu sabtu ni tu yang beli banyak tu. Aku tau family aku suka kopok lekor so beli la banyak skit.

Tiap kali aku sampai rumah mesti aku expect meja makan ada ns n lauk. Aku siap kol mak aku lg setengah jam nak sampai just nk mk sure food dh standby. Aku sanggup xmkn ns kalau drive dr kl smata2 nk blk mkn kt umah. Punya lah suka makan kat rumah.feeling tu lain la skit.xkesah pn lauk apa.ikan kering, sup kosong n budu@sambal belacan. Itu pn dh cukup buat aku tambah 2 pinggan. Tapi lauk standard ikan kukus goreng, sup ayam(ayam xde pun haha), ulam n budu. Ni lauk asas la.feveret aku tu ikan kukus grg.xperlu ayam, xperlu dgg, xperlu telur xperlu udang ketam.cukup dgn tu je.mana nk cari kt KL haha. Part feveret aku kalu papa ada skali. Bleh man-to-man talk la masa makan tu.mcm2 topik kitorang borak dari politik,ekonomi,sekolah,cite2 lama and pasal adik2 aku.

Tu mcm sesi wajib bila aku ada kat umah. Tu macam aku regret sgt kalu tido je bila blk kg.rugi siut. Dh la keje balik lambat x de life. Blk kg tido je.baik xyah blk.

Slow skit la topik hari ni. Maybe sebab aku ada kat rumah mood aku ok skit. Gudnite.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Tido

June 17, 2009

Kul satu pagi.baru lepas tgk cerita dexter kat tv2 tapi peliknya aku x ngantuk lg.mungkin sebab tengok cerita potong2 badan manusia buat rasa cuak. Err bukan dexter lab katun ya..tu dexter cap ayam.

Kira kambing sudah kira lembu sudah..xngantuk2 jugak.xpelh.try je.gudnite. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Angan-angan

June 17, 2009

Aku suka sangat berangan. ataupun berfikir akan something big. contohnya pasal bisnes, pasal hobi, pasal kehidupan, pasal future, pasal kebahagiaan. akan tetapi itu semua tidak di materialise kan di dalam bentuk tindakan. seperti warga kota yang bercakap mengenai bahaya nyamuk aedes tetapi kawasan rumah kotor dan penuh nyamuk. seperti nik aziz yang bercakap kerajaan korup tetapi mengajar ahlinya mengambil rasuah….itulah aku. 2×5.

Akan tetapi setiap benda yang aku fikirkan tu sebenarnya aku cuba untuk laksanakan akan tetapi bukan melalui diri aku, tapi adik aku abg chik.  contohnya aku nak buat band tapi tiada masa dan adik aku ada bakat dalam muzik so aku galakkan dia. aku terasa nak jadikan photography sebagai hobby tapi aku tiada masa dan since abg chik ada minat yang sama so aku suruh dia minta duit ngan papa (haha..aku takde sen) beli camera dslr. aku dah passkan semua ilmu komputer aku dekat dia so aku harap dia boleh buka kedai repair PC dan laptop or maybe CC sebab tu pun salah satu minat aku gak (kami kaki dota).

Tapi nampaknya semua yang aku fikirkan satu benda pun tiada progress. mungkin aku terlampau banyak berfikir. aku sepatutnya kurangkan berfikir. tapi kalau aku kurangkan berfikir aku sama la dengan mat pit or mat rempit or terrorist or geng2 yg extremist politik or partner yang mempermainkan partnernya yg lain, suami yang memukul isterinya tanpa belas kasihan, suami yang tidak menjaga kebajikan keluarganya, pemimpin yang korup menyalahgunakan harta rakyat, rakyat yang bodoh tapi sombong berlagak pandai tapi bengap cam lembu..mmg mereka2 ini mcm lembu. so aku taknak jadi macam diorang, aku masih perlu banyak berfikir. mungkin dengan berfikir aku ada banyak idea dan aku salurkan idea aku tu pada orang yang ada kebolehan, masa dan semangat untuk meneruskan idea aku tu. hmm..idea yang bagus. sekurang2nya aku membantu mereka dengan memberi mereka semangat dan idea untuk berjaya di dalam hidup mereka. aku tak kisah mereka2 ini di masa hadapan lebih berjaya daripadaku. sekurang2nya mereka berjaya di dalam hidup mereka dan semoga suatu hari nanti mereka akan membantu yang lainnya.

Tetapi ada juga mereka2 yang suka memandang rendah kepada aktiviti kesukaan aku ini. mereka2 ini suka melihat akan orang yang gagal dan mentertawakan mereka. akan tetapi adakah mereka orang yang berjaya? tidak sekali-kali.mereka adalah orang yang lebih penakut malahan pengecut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana takut gagal. adalah menjadi hiburan kepada mereka apabila melihat akan kegagalan mereka yang lain dan ini adalah sekeji-keji sikap manusia pada abad ini. adakah aku juga tergolong dalam manusia ini? YA!! hahahaha..harap maaf.semoga Allah memberi kesedaran kepada aku dan mereka yang lain. amin.

Cita-cita@ambition..aku tiada cita-cita sebenarnya. aku tak pernah tahu apakah cita-cita aku. dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, dengan sistem pembelajaran Malaysia yang ke arah pengkhususan, dengan tawaran biasiswa dan pinjman untuk kursus2 yang kononnya penting dan popular (menjamin kekayaan dan kesenangan yg semuanya tipu belaka), aku tiada pilihan oleh kerana aku tiada cita-cita. ataupun mungkin aku ada cita-cita iaitu untuk hidup bahagia. adakah itu boleh dikategorikan sebagai cita2? aku juga ingin hidup senang.adakah itu cita2? aku ingin mempunyai keluarga, anak-anak penyambung zuriat dan cucu2. adakah itu cita2? adakah cita-cita ini hanya menjurus kepada pekerjaan? adakah masyarakat hanya memandang akan orang itu dengan tahap kekayaan beliau? adakah masyarakat hanya mengutamakan mereka2 yang berkereta besar dan berplate number kecil sperti sebijik BMW X6 merah yang aku nampak siang tadi (cun siooott!!!)? adakah masyarakat hanya memandang mereka yang berpakaian pejabat dengan tie dan kasut hitam? adakah masyarakat memandang mereka yang kacak@hot, berbadan mantap (bukan keding or boroi or tough ketul2), berkulit putih, tinggi lampai? adakah sekiranya menjadi begini baru akan dihormati msyarakat?

so apakah cita-cita aku? tiada. maaf aku memang tiada cita2. seperti kata2ku kepada kawan2ku yang lain, kita sekarang tiada pilihan dan terpaksa go with the flow. budaya sekarang ini adalah, siapa yang ada duit dia mempunyai kehidupan. tiada duit maka tiada kehidupan (tiada maksudnya kosong ya..bukan duit sikit.duit sikit pun ada kehidupan). jadi orang sekarang berlumba2 untuk mencari duit. supaya dengan adanya duit maka kehidupan seseorang itu akan lebih happening. pernahkah mereka2 ini bertanya adakah orang yang ada duit ini hidupnya bahagia? tenang tanpa masalah? adakah masalah mereka lebih senang dari masalah orang miskin? with great power comes greater responsibility. high risk means more money. cuba kita terbalikkan…with lots of money, comes higher risk. adakah anda mahu higher risks? kena rompak? bankrap? potensi untuk memberi rasuah kepada pihak polis supaya tak kena saman? semoga polis2 kita berubah. rasuah itu dosa dan juga kepada ahli2 Pas..jika anda terima rasuah dari UMNO, adakah anda masih lagi ahli syurga yang digembar-gemburkan oleh puak2 extremist korang? lu pikiiirrr la sendiri!!!


Lost

June 4, 2009

Hari ni bangun pukul 1.30pm. Semalam forum ngan Awe kat Pelita Bangsar dari pukul 3am sampai Subuh. Boleh tengok aweks2 mabuk baru balik dari diskotik. Tak senonoh betol diorang ni. Konpem takde sorang pun yang kerja. Ataupun diorang memang otai boleh masuk kerja lambat. Yang pasti muka seko2 suma bangga  macam baru lepas pas exam. Dunia2.

Ari ni gua lost. Henset kena block sebab tak bayar bill tepon 2 bulan. Pakai blekberi tapi bil tak bayar apecer. tapi memang bulan ni ngn last month down habes. takde mase nak pikir pasal menda2 remeh macam ni. tapi apa2pun spender gua tak pakai 2 kali ya.laundry wajib anta hahaha..kebersihan kena jaga.

Konon bangun tgh hari tu nak stadi. tapi dan2 dok depan laptop and tv memang gone with the wind la hari ni. sangkut kat utusan, bharian, hmetro, harakahdaily, malaysiakini, thestaronline, nst, soccernet, mudah.my….antara website bosan yang selalu aku bukak. takde menda pun. tapi sebab nak buang masa and sebab malas nak blaja so aku pun bukak la. tapi hari ni connection lembab skit so aku banyak spen masa tgk tv.

dalam kol 2pm aku kejut Awe suh g keja tapi nampaknya dia pegi lambat harini so aku ada banyak masa lagi untuk ngular atas sofa (gila malas tahap dewa). cuti aku nampaknya wasted dengan sia2.

sehari sangap henpon kena bar so aku x check fb n ym. memamg x dinafikan blekberi aku ni besfren aku so far. semoga aku tak terlalu sayangkan dia sampai takleh terima kalau dia hilang. sekadar pengajaran daripada pengalaman.

Pas anta Awe aku turn Shah Alam nak gi check keta. keta aku anta bengkel nak overhaul enjin. dah barai da enjin tu. Rabu pas exam baru siap keta. Lama tu. Aku pun dah start rindu rinduan kat keta kesayangan ku itu. Dem. Lama tak merempit.